Wednesday 30 November 2011

Tips Penjagaan Tayar Kereta..

Tekanan Angin dalam tayar:

Tekanan angin adalah perkara yg paling penting utk penjagaan tayar.tahap tekanan angin mestilah mengikut maklumat didalam buku panduan pemilik(manual) setiap kenderaan.maklumat saiz tayar dan tekanan angin juga dipamerkan di sisi pintu pemandu.




Tekanan angin tayar:

Tekanan yg angin rendah adalah punca utama kerosakkan tayar.Tayar yg berjalan dibawah tekanan rendah akan mengalami kenaikan suhu tinggi dan pengurangan kemampuan membawa beban.Ia juga meningkatkan penggunaan bahan api.Begitu juga dengan tekanan angin yg tinggi,ia boleh membahayakan pengguna kenderaan,boleh meletup apabila berada pada suhu tinggi selain mengalami kehausan dibahagian tengah.




Memeriksa tekanan angin dengan kerap:

Kita tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penglihatan mata kasar.Pemeriksaan tekanan angin mestilah menggunakan tolok tekanan yg baik sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dan setiap kali sebelum memulakan perjalanan jauh.Pemeriksaan mestilah dilakukan semasa tayar "sejuk"(dipandu tidak lebih dari 1.5km).Jangan mengurangkan tekanan angin apabila tayar masih panas.Tekanan angin akan naik secara otomatik apabila suhu dlm tayar meningkat.ini adalh normal.

Air pressure gauge
Pastikan penutup injap (valve cap) dipasang dengan betul dan diketatkan.Penutup injap mestilah mempunyai sendal getah utk memberikan daya penyendal angin sekunder serta menghalang debu dan lembapan dari merosakkan teras injap.

Penyelenggaraan dan tabiat memandu :

Pejajaran ( alignment) kenderaan yg betul dan kerap adalah menjadi satu kemestian.Peenjajaran yg tidak tepat akan mengakibatkan kehausan tayar yg berlebihan disamping meningkatkan penggunaan bahan api. 
Getaran adalah satu isyarat menandakan ada sesuatu yg perlu diberi perhatian.Jika dibiarkan,getaran tersebut mungkin menyebabkan kehausan cepat dan merosakkan tayar,stereng dan komponen gantungan.

Tabiat pemanduan mempangaruhi jangka hayat tayar:

Untuk meningkatkan jangka hayat tayar,anda mesti mengelakkan tabiat pemanduan yg buruk seperti:
  • Pandu mula yang pantas dan berhenti secara mendadak.
  • Mengambil selekoh dengan laju.
  • Memandu disisi kaki lima,melanggar bendul jalan,lubang,lopak dan lain-lain halangan di jalan.
 Tayar bocor:

Kebanyakkan kebocoran (sehingga 6mm) dipermukaan bunga tayar boleh ditampal dan diperbaiki.Tayar yang mempunyai saiz kebocoran dipermukaan bunga yg melebihi 6mm tidak boleh dibaiki.Tayar yg mengalami kerosakkan disisi dinding juga tidak boleh dibaiki.

Menukar tayar yg bocor:




No comments:

Post a Comment