Sunday 4 December 2011

Kalau Sayang Ibu....

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , tapi memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .

Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
 

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut harijadi , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
 

 

Thursday 1 December 2011

Asal usul Jin,Syaitan dan Iblis




Sebut je syaitan dan iblis,tidak sempurna rasanya jika tidak disebut sahabat baiknya Jin.Hassan Al-Basari berpendapat bahawa jin itu adalah anak iblis,manakala manusia adalah anak adam.sebahagian dari jin ada yg beriman dan ada yg kafir.Yang kafir itu disebut syaitan.
Ibnu Abbas pula berpendapat,jin itu adalah anak jaan(jin).Mereka bukanlah dari kalangan syaitan.Mereka akan mati,sebahagunnya mukmin dan sebahagiannya kafir.Syaitan pula anak adalah iblis.Mereka tidak akan mati kecuali bersama iblis.
Qatadah berkata dari kalangan jin itu ada syaitan dan dari kalangan manusia juga ada syaitan.Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin.Mereka adalah dari kalangan jin juga.
Menurut kata mujahid,iblis mempunyai lima orang anak yang masing masing menjalankan tugas-tugas tertentu menurut arahannya.Anak anak iblis itu ialah:
  • Thabr-bertugas ketika manusiaditimpa kecelakaan atau kematian dgn menyuruhnya diri sendiri spt mengoyakkan pakaian,menampar muka dan apa jua kebiasaan  yg terdapat dizaman jahiliah.
  • A'war-yang bertugas sebagai penghasut melakukan zina dgn menggambarkan kpd manusia tentang keseronokkan dan keindahannya.
  • Masut-yang membisikkan supaya manusia berdusta dan berbohong.
  • Dasim-yang menghasut orang supaya marah kepada keluarganya dan menuduh mereka mendedahkan keaibannya.
  • Zalanbur-yang bertugas merayau-rayau di pasar pasar serta menghasut penjual dan pembeli mengadu terhadap terhadap kecurangan yang lain.
  • Khanzab-yang menggangu manusia semasa sedang bersembahyang.
  • Walhan-yang menggangu manusia semasa berwuduk.

                                      
       

      Wednesday 30 November 2011

      Tips Penjagaan Tayar Kereta..

      Tekanan Angin dalam tayar:

      Tekanan angin adalah perkara yg paling penting utk penjagaan tayar.tahap tekanan angin mestilah mengikut maklumat didalam buku panduan pemilik(manual) setiap kenderaan.maklumat saiz tayar dan tekanan angin juga dipamerkan di sisi pintu pemandu.




      Tekanan angin tayar:

      Tekanan yg angin rendah adalah punca utama kerosakkan tayar.Tayar yg berjalan dibawah tekanan rendah akan mengalami kenaikan suhu tinggi dan pengurangan kemampuan membawa beban.Ia juga meningkatkan penggunaan bahan api.Begitu juga dengan tekanan angin yg tinggi,ia boleh membahayakan pengguna kenderaan,boleh meletup apabila berada pada suhu tinggi selain mengalami kehausan dibahagian tengah.




      Memeriksa tekanan angin dengan kerap:

      Kita tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penglihatan mata kasar.Pemeriksaan tekanan angin mestilah menggunakan tolok tekanan yg baik sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dan setiap kali sebelum memulakan perjalanan jauh.Pemeriksaan mestilah dilakukan semasa tayar "sejuk"(dipandu tidak lebih dari 1.5km).Jangan mengurangkan tekanan angin apabila tayar masih panas.Tekanan angin akan naik secara otomatik apabila suhu dlm tayar meningkat.ini adalh normal.

      Air pressure gauge
      Pastikan penutup injap (valve cap) dipasang dengan betul dan diketatkan.Penutup injap mestilah mempunyai sendal getah utk memberikan daya penyendal angin sekunder serta menghalang debu dan lembapan dari merosakkan teras injap.

      Penyelenggaraan dan tabiat memandu :

      Pejajaran ( alignment) kenderaan yg betul dan kerap adalah menjadi satu kemestian.Peenjajaran yg tidak tepat akan mengakibatkan kehausan tayar yg berlebihan disamping meningkatkan penggunaan bahan api. 
      Getaran adalah satu isyarat menandakan ada sesuatu yg perlu diberi perhatian.Jika dibiarkan,getaran tersebut mungkin menyebabkan kehausan cepat dan merosakkan tayar,stereng dan komponen gantungan.

      Tabiat pemanduan mempangaruhi jangka hayat tayar:

      Untuk meningkatkan jangka hayat tayar,anda mesti mengelakkan tabiat pemanduan yg buruk seperti:
      • Pandu mula yang pantas dan berhenti secara mendadak.
      • Mengambil selekoh dengan laju.
      • Memandu disisi kaki lima,melanggar bendul jalan,lubang,lopak dan lain-lain halangan di jalan.
       Tayar bocor:

      Kebanyakkan kebocoran (sehingga 6mm) dipermukaan bunga tayar boleh ditampal dan diperbaiki.Tayar yang mempunyai saiz kebocoran dipermukaan bunga yg melebihi 6mm tidak boleh dibaiki.Tayar yg mengalami kerosakkan disisi dinding juga tidak boleh dibaiki.

      Menukar tayar yg bocor: